Wednesday, 23 May 2012

Salam,
Kata pujangga,Ingatlah
Kita berkerat rotan dan berputus arang demi perjuangan yang berjerebu.
Kita rebut merebut apa-apa jawatan dan sanggup caci maki rakan sebangsa asalkan kita boleh ke hadapan. Kita tidak pernah sedar bahawa semakin kita galak bersorak maka semakin rancak gong dan gendang dipalu untuk kita semakin leka menari walaupun semakin sumbang.
Bunuhlah nyamuk dan jangan bakar kelambu.
Kita bekerja sebumbung, makan semeja dan hidup dengan mesra serta janganla ada sengketa.
Buangla yang keruh ambillah yang jernih.
Semoga ceria selalu.Amin.

SELAMAT HARI GURU 2012.


SELAMAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 KEPADA  MURID-MURID TAHUN 3,4,5 DAN 6.
SELAMAT BERCUTI SELAMA 2 MINGGU.
JAGA KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA.

Friday, 17 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H telah di sambut pada 17/2/2012.Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang budiman memudahkan majlis ini bergerak dengan lancar.Ucapan tahniah kepada penganjur kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya..Tahniah kepada Panitia Agama Islam.

Thursday, 19 January 2012

Selamat bercuti selama 6 hari..

Selamat menyambut tahun baru cina tahun 2012  kepada kaum cina yang menyambutnya. Memandulah kenderaan anda dengan selamat semasa perayaan.