Pendahuluan

Assalamualaikum wbt.

Guru-guru yang dihormati sekalian,


Selamat Datang Ke Blogspot SK Lesong Batu,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya diberi kita kesempatan dan peluang untuk terus meningkatkan azam dan iltizam bagi menjana segala niat, cita-cita mencapai matlamat pendidikan yang amat suci murni ini.
Sama-samalah kita mengharungi cabaran 2011 dengan lebih jujur dan ikhlas dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan, Kita dituntut untuk mencari pelbagai strategi dan pendekatan bagi mengatasi masalah serta cabaran bagi meningkatkan prestasi akademik di samping pemupukan nilai murni, pembentukan murid dan budaya belajar cemerlang.
Kesanggupan kita menghadapi cabaran dan masalah melalui sikap yang positif dan proaktif supaya perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dibuat benar-benar dapat mencapai matlamat pendidikan serta mencapai matlamat tuntutanNya sebagai ibadah bagi menentukan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Kebahagiaan pendidik dan anak-anak didik adalah asas yang penting yang mesti kita bina di sekolah dan dalam bilik darjah khususnya.Kerjasama guru dan pelajar penting agar proses membentuk jasmani, emosi, rohani dan intelek ( JERI ) pelajar ke tahap yang paling optima.
Akhir kata saya menyeru para pendidik supaya membulatkan tekad dengan muafakat membangunkan iklim sekolah yang sihat dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi merealisasikan visi sekolah
SKLB AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
PADA 2015

No comments:

Post a Comment